D’Kenali Holidays Sdn Bhd

D’ KENALI HOLIDAYS SDN. BHD ditubuhkan sebagai sebuah agensi yang menjalankan perniagaan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan pelancongan. Amnya bidang agensi pelancongan adalah lebih merupakan pakej pelancongan dan perkhidmatan pengembaraan. Bermatlamat untuk memajukan industri pelancongan di Malaysia amnya dan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khasnya.

Penubuhan D’ Kenali Holidays Sdn.Bhd dijangkakan dapat menjadi penggiat dan pengusaha yang menyumbangkan kepada ekonomi negara. Secara tidak langsung ianya juga dapat membantu memajukan industri kecil & sederhana  (industri kampung), industri pengangkutan dan juga perhotelan apabila Malaysia bercita-cita menjadikan pelancongan sebagai pendapatan utama Negara, maka terdapat banyak peluang yang wujud untuk direbut.

Pengalaman ahli dalam syarikat yang sudah berpengalaman di dalam bidang pelancongan lebih dari 15 tahun juga dijangka dapat mengembangkan industri ini. Penekanan akan diberikan kepada pelancong di dalam negeri dengan tumpuan pasaran dari pelancong asia barat. Senario semasa mengjangkakan lagi pertambahan pelancong dari sana yang sememangnya terkenal dengan perbelanjaan besar. Kemudahan yang telah kerajaan sediakan membolehkan mereka berbelanja dengan selesa di Negara Malaysia.

OBJEKTIF

  • Mengembangkan dan meningkatkan serta mengangkatkan lagi industri pelancongan di Malaysia amnya dan di negeri pantai timur, semenanjung khasnya yang kaya dengan kesenian dan kebudayaan tersendiri serta keindahan alam flora dan fauna di mata dunia.
  • Menjadikan negeri kelantan & Malaysia sebagai destinasi pilihan kepada para pelancung tempatan & luar Negara.
  • Menjadikan syarikat D’ Kenali Holidays sebagai agensi pilihan kepada para pelancong untuk ke Malaysia / luar Negara.
  • Menjadikan syarikat D’Kenali Holidays sebagai pilihan kepada para jemaah umrah dan haji.

 

VISI

  • Memartabatkan dan memperkasakan Syarikat D’Kenali Holidays di dalam industri pelancongan.

 

MISI

  • Menyediakan perkhidmatan kepada semua golongan masyarakat untuk bergiat di dalam bidang industri pelancongan dan memastikan ianya beroperasi secara beretika dan profesional bagi memenuhi keperluan pelancongan dengan menyediakan sokongan yang berkaitan industri pelancongan.

 

MOTO

“Berkhidmat kerana Allah”

SERVIS DAN SKOP

Perkhidmatan disediakan:

  • Penempahan tiket penerbangan dalam dan luar negeri.
  • Pakej lawatan dalam dan luar negeri.
  • Penempahan hotel dalam dan luar negeri.
  • Menguruskan pakej insentif, konvensyen dan mesyuarat.
  • Pakej umrah dan ziarah.
  • Perkhidmatan bas persiaran dan van persiaran.
  • Pengurusan permohonan visa dan lain-lain.
  • Penghantaran tiket.

Cipta Memori Anda

Tiada Jarak Terlalu Jauh

Dengan adanya pelbagai kemudahan pengangkutan pada masa kini membuatkan ‘jarak menjadi dekat’ dan tidak mustahil untuk anda melancong ke seluruh pelosok dunia dalam masa yang singkat dengan selesa.

Benua

Negara

Lautan

Bandar

Antara Tawaran Kami Kepada Anda

Hidupan liar yang terancam

Di Malaysia, kita masih mempunyai spesis hidupan liar yang hampir pupus. Haiwan ini dijaga rapi di dalam zoo. Dengan itu, kita dan generasi akan datang masih boleh melihat dan menghargai haiwan yang hampir pupus ini.

Pelancongan & Penginapan Eco

Malaysia memang terkenal dengan banyak tempat alam semulajadi yang cantik dan mempunyai pelbagai spesis hidupan yang memukau dan menambat hati ramai pelancong. Konsep Inap Desa yang ditawarkan membolehkan pelancong menikmati keindahan alam, tinggal dalam kampung dan merasai suasana di luar bandar.

Perjalanan Epik

Perjalanan menerokai suatu sejarah yang epik pasti membuat anda teruja apabila dapat melihat sendiri bahan sejarah, ia seolah anda menaiki mesin masa kembali ke zaman silam dengan merasai sendiri perjalanan sesuatu tamadun.

Tawaran Eksklusif

Dapatkan Diskaun 30% untuk Perjalanan Pertama Anda

Khas buat mereka yang pertama kali menggunakan perkhidmatan kami untuk melancong di dalam atau luar negara. Rebut segera peluang ini sementara masih ada …