Negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Songkhla Thailand di sebelah utara dan Kedah di sebelah selatan. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam melantik Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis. Bermula dari tarikh itu, Perlis yang asalnya sebuah daerah jajahan Kedah bertukar menjadi sebuah negeri naungan yang berdaulat. 

Negeri Perlis atau ungkapan yang paling tepat iaitu “Negeri Permai Lagi Mempesona”, menggambarkan keindahan dan kedamaian negeri Perlis. Berbekalkan Landskapnya yang menghijau dan permai, menawarkan sesuatu yang menarik buat pencinta kedamaian alam, salah satunya ialah :

Berdiri di atas tanah seluas 4.84 hektar ini adalah Muzium Kota Kayang. Kalau anda nak tahu, dahulunya tanah ini pernah menempatkan bangunan yang menjadi kediaman ketua menteri Raja pada abad ke-19, dan kemudian pada awal abad ke-20 menjadi kediaman rasmi penasihat British dan seterusnya ketika Perang Dunia Kedua, ia diambil alih oleh Tentera Jepun sehinggalah 1943, Tentera Thai pula mendudukinya.

Selepas Malaysia mendapat kemerdekaan, bangunan ini didiami oleh Ketua Menteri Perlis. Namun pada tahun 1991, bangunan antik ini dirobohkan untuk membina Muzium Kota Kayang.

Sayangkan? Tapi tak apa, bangunan baru ini pun sama hebatnya, menyimpan pelbagai hasil arkeologi dan barangan antik yang ditemui di sekitar Perlis, kalau anda nak tahu apa yang ada di sini, tunggu apa lagi? Datang cepat!

Alamat: Kota Kayang Museum, 02000 Kuala Perlis, Perlis 

https://goo.gl/maps/r2YVajsENMW3UW7Q9

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Negeri Perlis ini sangat sesuai untuk pengunjung dan pelancong yang ingin mengalami gaya hidup yang tenang dan percutian yang santai kerana Perlis kaya dengan alam semulajadi. Dengan suasana kedesaan dalam keindahan hutan dan gua atau sawah yang menghijau, ia boleh menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan juga luar. Oleh itu, Perlis benar-benar mempunyai potensi untuk menjadi salah satu destinasi ekopelancongan di Malaysia.