Negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Songkhla Thailand di sebelah utara dan Kedah di sebelah selatan. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam melantik Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis. Bermula dari tarikh itu, Perlis yang asalnya sebuah daerah jajahan Kedah bertukar menjadi sebuah negeri naungan yang berdaulat. 

Negeri Perlis atau ungkapan yang paling tepat iaitu “Negeri Permai Lagi Mempesona”, menggambarkan keindahan dan kedamaian negeri Perlis. Berbekalkan Landskapnya yang menghijau dan permai, menawarkan sesuatu yang menarik buat pencinta kedamaian alam, salah satunya ialah :

Tiket masuknya murah, banyak pula tu spesies ular yang dipamerkan di sini. Lebih daripada 150 ekor ular yang terdiri daripada 34 spesies yang ada di sini. Menakutkan tapi dalam masa yang sama satu pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan bila dapat mendekati haiwan berbisa ini. Tapi jangan risau, untuk ular yang boleh didekati, telah pun dijinakkan. Apa gunanya kalau datang tapi tak bergambar dengan ular mengelilingi anda bukan?

Di sini anda mendapat peluang emas ini dengan bayaran hanya RM1, barulah berbaloi kedatangan anda sekeluarga ke Taman Ular & Reptilia Perlis ini.  Lepas tangkap gambar tu, jangan lupa untuk melihat persembahan ular, juga hanya RM1.

Dah puas tengok ular, anda boleh juga melihat galeri haiwan lain seperti burung, arnab, hamster, kura-kura, kala jengking, iguana dan banyak lagi yang terdapat di sini. Dahlah murah, banyak pula haiwan yang dipamerkan, tak perlu fikir dua kali lagi.

Alamat: Sungai Batu Pahat, 01000 Kangar

https://goo.gl/maps/BQfpdS8H2Rnyhngv7

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2 | Kamera RM1 | Video Kamera RM2

Negeri Perlis ini sangat sesuai untuk pengunjung dan pelancong yang ingin mengalami gaya hidup yang tenang dan percutian yang santai kerana Perlis kaya dengan alam semulajadi. Dengan suasana kedesaan dalam keindahan hutan dan gua atau sawah yang menghijau, ia boleh menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan juga luar. Oleh itu, Perlis benar-benar mempunyai potensi untuk menjadi salah satu destinasi ekopelancongan di Malaysia.