Negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Songkhla Thailand di sebelah utara dan Kedah di sebelah selatan. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam melantik Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis. Bermula dari tarikh itu, Perlis yang asalnya sebuah daerah jajahan Kedah bertukar menjadi sebuah negeri naungan yang berdaulat. 

Negeri Perlis atau ungkapan yang paling tepat iaitu “Negeri Permai Lagi Mempesona”, menggambarkan keindahan dan kedamaian negeri Perlis. Berbekalkan Landskapnya yang menghijau dan permai, menawarkan sesuatu yang menarik buat pencinta kedamaian alam, salah satunya ialah :

Jarak Hutan Lipur Bukit Ayer dari Kangar hanyalah 13 km sahaja, dan lokasi hutan ini adalah di dalam Hutan Simpan Bukti Bintang. Di hutan lipur ini terdapat sungai yang sesuai untuk dijadikan lokasi berkelah dan bersantai bersama keluarga.

Lagi syok kalau anda berbbq di sini, tapak perkhemahan yang disediakan di hutan lipur ini juga lengkap dengan kemudahan memasak. Apa lagi, rancang hari keluarga di sini pun best juga.

Tarikan di hutan lipur ini bukan sahaja kerana keindahan alam semula jadinya, malahan anda sekeluarga dapat berseronok di gelongsor yang disediakan di kolam mandi yang diairi air sungai di sini. 

Alamat: Hutan Lipur Bukit Ayer, 01000 Kangar, Perlis

https://goo.gl/maps/6nXN6e4j29z3fB2s5

Waktu Operasi: Setiap hari (7.00am – 6.00pm)

Bayaran Masuk:  Percuma

Negeri Perlis ini sangat sesuai untuk pengunjung dan pelancong yang ingin mengalami gaya hidup yang tenang dan percutian yang santai kerana Perlis kaya dengan alam semulajadi. Dengan suasana kedesaan dalam keindahan hutan dan gua atau sawah yang menghijau, ia boleh menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan juga luar. Oleh itu, Perlis benar-benar mempunyai potensi untuk menjadi salah satu destinasi ekopelancongan di Malaysia.