Unik dan klasik, bangunan Muzium Diraja Seri Menanti ini adalah pada asalnya sebuah istana yang mula dibina pada tahun 1902, sebelum merdeka lagi, bila anda sekeluarga melangkah kaki ke dalam Muzium Diraja ni, anda akan rasa seperti benar-benar tinggal di zaman itu. 

Mana taknya, setiap sudut ruangan di dalam muzium ini tidak diubah sama sekali kedudukan barangan di dalamnya, semuanya di dalam posisi sebagaimana semasa ia sebuah istana pada dahulukala.

Terbahagi kepada empat bahagian berbeza iaitu Balai Rong Seri iaitu tempat takhta dan mengadap raja, Balai Raja Muda, Bilik Beradu dan akhir sekali Ruang Santapan. Pada ruangan-ruangan ini anda dapat melihat juga pameran gambar-gambar yang berkaitan dengan kawasan tersebut. Selalu tengok di dalam cerita klasik je kan, kali ni, depan mata sendiri.

Alamat:  Muzium Diraja Seri Menanti, 71550 Seri Menanti, Kuala Pilah

https://goo.gl/maps/nYXg4pPuacA3ZJbo6

Waktu Operasi: Ditutup Sementara | Setiap Hari (8.00am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma