Berketinggian 80 meter, Lata Kijang adalah sebuah kawasan air terjun yang tertinggi di Negeri Sembilan. Untuk menuju ke sini, anda boleh menggunakan pacuan 4 roda untuk memudahkan anda menempuhi jalan yang berbecak terutama sekali pada hari hujan.

Setibanya di kawasan air terjun, anda boleh menyaksikan pemandangan yang sungguh mendamaikan jiwa sambil menekan butang kamera untuk mengabadikan keindahannya. Namun begitu, kawasan air terjun ni agak kurang sesuai untuk dijadikan lokasi bermandi-manda memandangkan kolam yang terbentuk agak sempit dan berbatu.

Terletak di dalam Hutan Simpan Kenaboi, terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik lain yang boleh anda lakukan selain berfotografi seperti water tubing dan berkayak.

Alamat: Air Terjun Lata Kijang, Jelebu, Negeri Sembilan

https://goo.gl/maps/yVdhCiQi6VkrSAnK7

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00pagi – 5.00petang)

Bayaran Masuk: Percuma