Muzium Adat Jelebu terbahagi kepada empat buah galeri berbeza iaitu, Pengenalan Adat di Malaysia, Kitar Hidup yang mempamerkan adat berkaitan kelahiran, kematian, perkahwinan dan lain-lain, Galeri Tradisi Intelektual Kerajaan serta akhir sekali adalah Galeri Adat Perpatih iaitu adat yang hanya wujud di Negeri Sembilan kalau di Malaysia.

Bukan sekadar bahan pameran, malah pusat sumber yang dipenuhi koleksi buku tentang adat pun ada di muzium ini.

Alamat: Muzium Adat Jabatan Muzium Malaysia 196, Jalan Dato’ Umbi, Kuala Klawang, Jelebu

https://goo.gl/maps/2DWjr9EVpNWaFRXs8

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00pagi – 5.00petang)

Bayaran Masuk: Percuma