Siapa yang tidak mengenali negeri Sabah yang penuh dengan keindahan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, berhutan mekar dan dikelilingi Laut Sulu di bahagian timur laut, Laut China Selatan di bahagian pantai barat dan Laut Celebes di selatan.

Bagi anda yang masih tercari-cari dimana tempat menarik yang boleh anda kunjungi ketika bercuti di Sabah, anda tidak perlu risau kerana negeri di bawah bayu ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang kebanyakannya dapat mendekatkan anda dengan keindahan dan keunikan alam semulajadi.

Apakah aktiviti-aktiviti tersebut dan di mana tempat menarik di Sabah? Ini antara tempat yang anda boleh kunjungi bersama yang tersayang.

Di Sabah juga terdapat tarikan istimewa seperti di Cameron Highland. Tarikan tersebut adalah Ladang Teh. Teh Sabah ialah satu-satunya ladang teh organik di Borneo dan salah satu daripada beberapa ladang seumpamanya di dunia. 

Dengan ladang yang terbentang luas serta dikelilingi oleh hutan hujan semula jadi dan udara dingin pergunungan, Ladang Teh Sabah menyambut anda dengan keindahan persekitarannya yang jauh daripada kesibukan kota. Dari ladang ini anda boleh melihat pemandangan Gunung Kinabalu.

Disini anda boleh melihat bagaimana teh dipetik dan juga cara daun teh diproses. Anda akan melawat sekitar ladang teh dan juga kilang pemprosesan daun teh. Sudah pasti ini merupakan satu pengalaman yang sangat menarik. 

Alamat: Ladang Teh Sabah, KM 17, Jalan Ranau/Sandakan Kampung Nalapak Beg berkunci No.2, 89309, Ranau, Sabah

https://goo.gl/maps/p6c79gB6TX3oBvTk6

Waktu Operasi: 8.00 am – 4.30 pm | Cuti Umum (Lawatan Kilang Teh Ditutup)

Harga Tiket: Lawatan Ladang: Percuma

            Lawatan Kilang Teh: RM14

            Lawatan Kilang Teh & Makan Tengahari: RM44

            Harga Penginapan: Dari RM105+ Semalaman