Merupakan destinasi perkelahan yang popular di Kuala Berang. Kawasan air terjun Sekayu ini mempunyai kemudahan yang lengkap. Air terjun Sekayu ini terkenal dengan air terjun yang bertingkat dan sangat tinggi.

Deruan air terjun dapat didengari terutamanya selepas hujan turun. Kawasan yang lapang memudahkan aktiviti perkelahan dan BBQ. Sekiranya anda inginkan pengalaman bermalam di sini, terdapat chalet yang disediakan untuk pengunjung bermalam.

Landskap yang cantik membolehkan pengunjung merakam detik detik indah di sini. Terdapat juga kolam buatan yang mana ianya sesuai untuk kanakÔÇôkanak bermandi-manda.

Pada musim tengkujuh, air terjun ini akan ditutup demi keselamatan pengunjung.

Alamat:  Hutan Lipur Sekayu, 21700 Kuala Berang, Terengganu.

https://goo.gl/maps/nsLC9EEn6rTqDR758

Waktu Operasi: Setiap hari ( 8.00 pagi – 5.00 petang )

Harga Tiket: Dewasa RM2.00 / Kanak-kanak RM 1.00