Untuk pengetahuan anda, Pulau Bidong tidak menawarkan sebarang tempat penginapan. Kebiasaannya, sesiapa yang ingin meneroka pulau ini akan menginap di Kuala Terengganu sebelum mengambil bot dari jeti Marang. Jangan terkejut, sebaik sahaja sampai di pulau ini dan meneroka kawasan sekitarnya, pulau ini sebenarnya adalah sebuah pulau yang ditinggalkan.

Untuk pengetahuan anda, Pulau Bidong pernah dijadikan sebagai tempat penempatan pelarian Vietnam sewaktu berlakunya peperangan antara Vietnam dan Amerika pada tahun 1975.

Berjalan-jalan di sekitar pulau ini anda akan terlihat banyak bangunan-bangunan terbiar seperti sekolah, rumah panjang, gereja, tokong, kedai roti, pasar, kedai jahit, pejabat pos, bar, bengkel dan banyak lagi. Bagi anda yang suka dengan aktiviti penerokaan kawasan terbiar, inilah salah satu syurganya.

Tak berani untuk mendekati tapak-tapak yang terbiar? Anda boleh sahaja datang untuk menikmati keindahan panorama dalam laut yang ditawarkan kawasan perairan pulau ini.

Antara lokasi menyelam yang terdapat di sini adalah Batu Takorak, Pulau Yu Besar & Kechil, serta Blue Garden yang kaya dengan kehadiran hidupan laut Blue Anemone yang mengeluarkan cahaya biru dari badannya.

Alamat: Bidung Laut, Kuala Terengganu

https://goo.gl/maps/NF1y5TyiPRhxSfW17