Pantai dengan angin yang sentiasa bertiupan segar ini, Pantai Batu Buruk cukup meriah dengan pelbagai aktiviti menarik. Di sini anda sekeluarga boleh berkelah dengan berlantaikan pasir pantai yang lembut sambil berbbq. Anda juga boleh membeli makanan yang banyak diniagakan di sekitar pantai ini seperti ikan celup tepung, sate ikan, keropok, dan lain-lain lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menaiki kereta kuda yang dihias dengan kreatif untuk mencipta memori yang indah bersama keluarga di samping berfotografi sepuas hati.

Berkaitan dengan kemudahan yang disediakan, Pantai Batu Buruk lengkap dengan fasiliti seperti medan selera, laluan berjoging dan taman permainan kanak-kanak.

Alamat: Pantai Batu Buruk, 20400, Terengganu

https://goo.gl/maps/pU3wRg1XeN5AauK77