Bagi pencinta alam di Malaysia, Pahang mungkin salah satu negeri yang wajib untuk anda terokai. Terlalu banyak destinasi dengan kepelbagaian tarikan yang mungkin belum diterokai oleh pengunjung sepenuhnya.

Seperti yang anda semua tahu, Pahang adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia menjadikan landskap negeri ini amat luas dengan perkampungan lama yang penuh kehijauan, hutan yang tebal, sungai dan pantai yang cantik serta kawasan tanah tinggi yang sejuk.

Anda tidak akan dapat melihat kecantikan Pahang dalam satu perjalanan sahaja, tetapi anda boleh menerokai tarikan utama yang berbeza-beza setiap kali anda memutuskan untuk ke sini, salah satu tempat yang menarik di Pahang ini iaitu :

Dengan cuaca panas sepanjang tahun di Malaysia,ramai yang merancang untuk bercuti di luar negara hanya untuk merasai suhu sejuk. Tetapi untuk merasai percutian sedemikian, anda tidak perlu mengeluarkan belanja besar kerana Malaysia sendiri mempunyai tanah tinggi yang menawarkan suhu dingin dan keseronokan berganda, iaitu Genting Highland, Pahang. 

Pusat peranginan yang terletak di Bentong ini berketinggian 2,000 meter dan inilah yang membuatkan Genting mencatatkan suhu rendah yang tidak melebihi 25⁰C. Malah ia boleh mencecah 14⁰C.

Selain taman tema,terdapat beberapa aktiviti lain yang boleh anda lakukan antaranya memetik buah strawberi segar di Genting.strawberry Leisure Farms terletak di sekitar Gohtong Jaya iaitu bandar utama Genting Highland. Terdapat kira-kira 80,000 pokok strawberi yang ditanam secara bertingkat di atas tanah seluas 0.8 hektar.

Anda juga boleh melakukan aktiviti lasak seperti jungle tracking, meneroka haiwan nocturnal dan yang paling menarik dapat lihat spesis haiwan dan tumbuhan yang jarang kita lihat dan hanya boleh dijumpai di hutan hujan tropika iaitu di Fashion Forest.

Alamat: Jalan Major Philip Lim, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

https://g.page/genting-highlands-pahang?share

Waktu Operasi: Setiap hari ( 24 jam )