Bagi pencinta alam di Malaysia, Pahang mungkin salah satu negeri yang wajib untuk anda terokai. Terlalu banyak destinasi dengan kepelbagaian tarikan yang mungkin belum diterokai oleh pengunjung sepenuhnya.

Seperti yang anda semua tahu, Pahang adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia menjadikan landskap negeri ini amat luas dengan perkampungan lama yang penuh kehijauan, hutan yang tebal, sungai dan pantai yang cantik serta kawasan tanah tinggi yang sejuk.

Anda tidak akan dapat melihat kecantikan Pahang dalam satu perjalanan sahaja, tetapi anda boleh menerokai tarikan utama yang berbeza-beza setiap kali anda memutuskan untuk ke sini, salah satu tempat yang menarik di Pahang ini iaitu :

Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17⁰C hingga 24⁰C. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104km dari bandar raya Kuala Lumpur, bukit ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser. Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah candu dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.

Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimenkan. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga. Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta.

Pekan yang terdapat di sini agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak didalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris. Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandinagn Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Frase. 

Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland  yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor. 

Bagi mereka yang terfikir selain memerhati burung, apa lagi aktiviti yang boleh dibuat jika berada di sini ?

Di sini anda juga boleh bermain golf bagi yang menyukai permainan, padang golf tanah tinggi adalah yang terawal di Malaysia telah dibina di Bukit Fraser pada tahun 1925. Selain itu, bagi mereka yang gemar mendaki sambil menghirup udara segar, di sini juga terdapat beberapa laluan mendaki di sekitar bukit iaitu pintu masuk biasanya ditandakan dengan papan tanda. Bagi yang tahan kesejukan di bukit tinggi ini, terdapat juga air terjun yang boleh diakses.

Sama seperti mana setiap gunung mempunyai puncaknya, bergembiralah apabila anda dapat melihat menara jam ini kerana ia bermaksud anda sudahpun tiba ke destinasi. Ini salah satu tempat wajib bergambar semasa berada di Bukit Fraser nanti.

Alamat: Pahang, Malaysia.

https://goo.gl/maps/tSTP5Ugefxo2WsK4A