Bagi pencinta alam di Malaysia, Pahang mungkin salah satu negeri yang wajib untuk anda terokai. Terlalu banyak destinasi dengan kepelbagaian tarikan yang mungkin belum diterokai oleh pengunjung sepenuhnya.

Seperti yang anda semua tahu, Pahang adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia menjadikan landskap negeri ini amat luas dengan perkampungan lama yang penuh kehijauan, hutan yang tebal, sungai dan pantai yang cantik serta kawasan tanah tinggi yang sejuk.

Anda tidak akan dapat melihat kecantikan Pahang dalam satu perjalanan sahaja, tetapi anda boleh menerokai tarikan utama yang berbeza-beza setiap kali anda memutuskan untuk ke sini, salah satu tempat yang menarik di Pahang ini iaitu :

Pantai Teluk Chempedak atau lebih dikenali sebagai PTC cukup terkenal di kalangan pelancong yang datang ke Kuantan. PTC cukup sinonim dengan daerah Kuantan dan Popularitinya juga setanding dengan infrastruktur yang terbina telah menjadikan lokasi ini sebagai tempat menarik di Kuantan Pahang. Kemudahan jambatan yang direka khas menyusuri sepanjang pesisir pantai ini, pastinya akan memberi keselesaan kepada pengunjung yang hadir untuk menikmati keindahan alam di sekitar Pantai Teluk Chempedak. 

Panorama semula jadi seperti longgolan batuan, kehijauan hutan dan pasir pantai yang memutih ini pastinya akan memberi sudut penggambaran yang cantik. Selain dapat menikmati kecantikan pantai, pengunjung juga berpeluang untuk merasai kedamaian hutan ketika berada di sini kerana terdapat sebuah hutan rekreasi berhampiran yang terpelihara supaya kelestarian alam di pantai tersebut tetap terjamin.

Oleh itu, pengunjung perlu melawat Pantai Teluk Chempedak apabila bercuti ke Kuantan,Pahang. Anda pasti akan berpuas hati dan terpaku dengan keindahan pantai, flora dan fauna di sini.

Alamat: Pantai Teluk Cempedak, 25050, Pahang

https://goo.gl/maps/dUDkkvzMZeAYMQGM6

Waktu Operasi: Setiap hari ( 24 jam )