Bagi pencinta alam di Malaysia, Pahang mungkin salah satu negeri yang wajib untuk anda terokai. Terlalu banyak destinasi dengan kepelbagaian tarikan yang mungkin belum diterokai oleh pengunjung sepenuhnya.

Seperti yang anda semua tahu, Pahang adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia menjadikan landskap negeri ini amat luas dengan perkampungan lama yang penuh kehijauan, hutan yang tebal, sungai dan pantai yang cantik serta kawasan tanah tinggi yang sejuk.

Anda tidak akan dapat melihat kecantikan Pahang dalam satu perjalanan sahaja, tetapi anda boleh menerokai tarikan utama yang berbeza-beza setiap kali anda memutuskan untuk ke sini, salah satu tempat yang menarik di Pahang ini iaitu :

Pantai Cherating terletak berhampiran bandar Kuantan, Pahang dan merupakan tempat perkelahan yang popular. Cherating telah diperkembangkan dari sebuah pekan kecil kepada sebuah pantai yang terkenal dan kegemaran pelancong. Pantai ini juga adalah salah satu tempat di mana penyu naik ke darat untuk bertelur.

Terdapat banyak kemudahan restoran, pokok kelapa yang berbuai-buai,pantai, laut yang luas lagi menghijau dapat diperolehi di sini. Kelab Mediterranean yang pertama di Asia juga terletak berhampiran dari sini. Pantai Cherating ini juga terkenal dengan aktiviti luncur air dan sering menjadi tumpuan pelancongan barat untuk datang ke sini.

Perkara yang menjadi tarikan di Cherating adalah ombaknya yang sesuai untuk meluncur. Ramai peluncur dalam dan luar negara yang memilih Cherating tempat untuk mereka bermain papan luncur tetapi ombak tersebut hanya ada pada bulan Oktober sehingga Februari sahaja, ada juga pendapat mengatakan musim meluncur sehingga bulan April.

Banyak aktiviti yang disediakan di sini dan ternyata Cherating merupakan satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikunjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.

Alamat: 26080 Balok, Pahang

https://goo.gl/maps/J662yp84gpLTZVhc7

Waktu Operasi: Setiap hari ( 24 jam )