Siapa yang tidak mengenali negeri Sabah yang penuh dengan keindahan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, berhutan mekar dan dikelilingi Laut Sulu di bahagian timur laut, Laut China Selatan di bahagian pantai barat dan Laut Celebes di selatan.

Bagi anda yang masih tercari-cari dimana tempat menarik yang boleh anda kunjungi ketika bercuti di Sabah, anda tidak perlu risau kerana negeri di bawah bayu ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang kebanyakannya dapat mendekatkan anda dengan keindahan dan keunikan alam semulajadi.

Apakah aktiviti-aktiviti tersebut dan di mana tempat menarik di Sabah? Ini antara tempat yang anda boleh kunjungi bersama yang tersayang.

Gunung Kinabalu atau dalam bahasa Dusun iaitu “Gayo Ngaran” atau “Nulu Nabalu” ialah sebuah gunung pluton terletak di Daerah Kota Belud, Bahagian Pantai Barat negeri Sabah, Malaysia. Puncaknya tertinggi di Malaysia dan juga rantau Nusantara selain Pulau Papua dengan ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut, catatan ini turut mengira dari segi persempadanan geografi. Gunung Kinabalu merupakan yang tertinggi di Asia tenggara. Hal ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di Banjaran Himalaya yang juga terletak di plat tetonik anak benua India.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyarakat Dusun Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinnya semangat mereka selepas meninggal dunia.

Bagi pencinta alam, tidak sah kalau tidak berkunjung ke Gunung Kinabalu bagi menyaksikan matahari terbit di puncaknya, dimana ianya menjadi salah satu tarikan utama bagi para pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu sejak dari dahulu lagi kerana kekayaan biodiversitinya. Berbagai jenis tumbuhan dan haiwan dapat dilihat disekitar kawasan gunung yang tidak terdapat di tempat lain di dunia. Laluan sepanjang kira-kira 8km untuk ke puncak diharungi dengan melalui pelbagai jenis ekosistem yang terdapat di sana. Para pendaki juga akan melalui dan melihat perubahan yang ketara dari kepadatan hutan di bawah sehingga ke permukaan berbatu di puncak.

Walaupun iainya tidak mustahil untuk mendaki ke puncak dalam masa satu hari, iannya amat berbaloi untuk menginap semalaman di kem Laban Rata. Dengan menginap di sana anda berpeluang untuk mendaki ke puncak di keesokan harinya bermula seawal 2 pagi bagi melihat matahari terbit. Selain itu, anda juga boleh mengambil masa bagi menikmati suasana dan melihat keindahan flora dan fauna di sepanjang laluan pendakian.

Alamat: Gunung Kinabalu, Ranau, Sabah

https://goo.gl/maps/9aojcYpL9d8Cpkfh9

Waktu Operasi: Waktu terbaik adalah antara Feb – Apr kerana cuaca yang baik

Harga Tiket: Dewasa RM53 | Kanak-Kanak RM31.80