Negeri Sembilan merupakan salah satu negara yang kental akan budaya khas Minangkabau. Mulai dari arsitektur bangunan, tradisi, hingga kuliner di tempat ini cenderung berasal dari masyarakat Minangkabau. Negeri Sembilan bererti sembilan negara, hal ini mengacu pada adanya sembilan distrik yang pernah dibentuk di tempat ini. Lokasi negara bagian ini berbatasan langsung dengan Selangor di utara, Pahang di bagian timur, Johor di tenggara, Melaka di selatan, dan Selat Melaka di barat.

Selain kental akan tradisi masa lalu, Negeri Sembilan terkenal dengan berbagai destinasi wisatanya yang menarik. Mulai dari wisata alam, wisata edukasi, wisata budaya, hingga wisata kuliner. Negeri Sembilan destinasi pilihan utama pelancong tempatan dan antarabangsa.

Antaranya tempat tarikan pelancongan yang terkenal adalah: 

1. Rumah Pendita Za’ba

Bangunan dengan reka bentuk klasik yang terdapat di Negeri Sembilan adalah Teratak Za’ba yang dibina dengan menggunakan kayu Cengal. Walaupun dibina pada zaman moden dan dirasmikan pada tahun 2001, tapi memang betul-betul nampak klasik, tambahan lagi dengan hasil-hasil pertukangan Melayu yang dinampakkan pada sekitar bangunan ini. 

Bercakap tentang Teratak Za’ba ni pula, kalau anda nak tahu, Za’ba juga digelar sebagai Pendeta Za’ba, seorang yang dihormati dalam bidang kesusasteraan. Begitu banyak yang telah disumbangkan oleh tokoh ini membuatkan beliau seorang yang penting untuk dikenali oleh generasi muda. 

Kalau anda melawat Teratak Za’ba ini, anda dapat melihat pameran Bibliografi, Peribadi dan Pakaian beliau. Selain itu, terdapat juga Sudut Umum yang menempatkan barangan klasik yang wujud waktu kehidupan Za’ba. Jangan buang masa lagi, jom ambil tahu tentang cendekiawan negara! Penuh inspirasi yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berilmu seperti beliau.

Alamat: Teratak Za’ba, Kg. Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol

https://goo.gl/maps/SmEVKQSZHoPzxGGt8

Waktu Operasi: Setiap hari ( 10.00 am – 5.00 pm )

Bayaran Masuk: Percuma

2. Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas terletak di Negeri Sembilan., kira-kira 35 km dari bandar Port Dickson menuju arah ke Melaka. Tempat ini merupakan tempat perkuburan misteri yang mengunakan batu megalit yang berbentuk pedang dan senduk. Sejarawan percaya kubur ini dibina pada abad ke-2 dan ke-3 masehi. Sebahagian batu megalit ini ada ukiran yang menyerupai tulisan Arab dan Sumatra.

Batu 1 : Inskripsi Hindu yang terdapat huruf Arab ( Allah)

Batu 2 : Inskripsi Raja Aditiya Warma, 137 masehi dan pada batu itu tertulis perkataan Allah dengan huruf Arab

Tulisan -tulisan seperti ini menyerupai tulisan di batu nisan yang dijumpai di Kompleks Puet- plohpeut (Meunye Tujuh) yang bertuliskan kuno bahasa Arab, Melayu dan Sanskrit yang belum dijelaskan.

Penduduk tempatan batu-batu misteri ini mempunyai Keramat dan kuasa tertentu Jika pohon sesuatu padanya. Ia dipercayai semakin membesar. Jika letak tangan dalam lubang pada batu ini, anda akan dapat jawapan yang berlegar-legar dalam kepala anda.

Terdapat juga di sini iaitu Keramat Sungai Udang iaitu seorang ahli agama yang bernama Sheikh Ahmad Majnun yang telah menentang Sultan Mansur Shah, semasa Kesultanan Melayu Melaka tahun 1457-1477. Batu nesan ini bertulis tulisan Arab dan Kawi (tulisan Sumatra kuno).

Alamat: Jalan Port Dickson, Pengkalan Kempas, 71150 Linggi, Negeri Sembilan 

https://goo.gl/maps/N1JZkEgojVs3tNKN8

Waktu Operasi: Setiap hari ( 9.00 am – 6.00 pm )

Bayaran Masuk: Percuma

3. Muzium Diraja Seri Menanti

Muzium unik dan klasik, bangunan Muzium Diraja Seri Menanti ini adalah pada asalnya sebuah istana yang mula dibina pada tahun 1902, sebelum merdeka lagi tu, bila anda sekeluarga melangkah kaki ke dalam Muzium Diraja ni, anda akan rasa seperti benar-benar tinggal di zaman itu.

Setiap sudut ruangan di dalam muzium ini tidak diubah sama sekali kedudukan barangan di dalamnya, semuanya di dalam posisi sebagaimana semasa ia sebuah istana pada dahulukala.

Terbahagi kepada empat bahagian berbeza iaitu Balai Rong Seri iaitu tempat takhta dan mengadap raja, Balai Raja Muda, Bilik Beradu dan akhir sekali Ruang Santapan. Pada ruangan-ruangan ini anda dapat melihat juga pameran gambar-gambar yang berkaitan dengan kawasan tersebut. 

Alamat: Muzium Diraja Seri Menanti, 71550 Seri Menanti, Kuala Pilah

https://goo.gl/maps/5LthmjSe6LHrZRz36

Waktu Operasi: Ditutup Sementara | Setiap Hari (8.00am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

4. Muzium Adat

Pengunjung berpeluang mendalami keunikan adat orang Negeri Sembilan menerusi galeri Adat Perpatih. Adat Perpatih atau undang-undang berkaitan perkahwinan adalah unik di Negeri Sembilan di mana kaum hawa boleh membuat keputusan berhubung pewarisan ke atas harta benda dan hal-hal berhubung kekeluargaan.

Muzium Adat memperagakan sebanyak 258 buah koleksi yang terdiri daripada artifak kebudayaan yang dikategori mengikut fungsi seperti kegunaan harian, kegunaan pertanian, upacara ritual, adat kelahiran, perkahwinan, adat berkhatan, adat cukur jambul, adat kematian dan muzik tradisional. Upacara pelantikan pemimpin, alatan pemerintahan dan koleksi adalah juga unik berasaskan identiti sesuatu kaum.

Alamat: Jalan Dato’ Umbi, Kampung Jelebu Tengah, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

https://goo.gl/maps/jKZz6Ty9JzYSV88HA

Waktu Operasi: Setiap hari 9:00 a.m – 5:00 pm

Bayaran Masuk: Percuma

5. Muzium Lukut

Kota Lukut merupakan sebuah kota pertahanan yang telah dibina pada tahun 1847 oleh Raja Jumaat dengan saiz sekitar 4 buah padang bola sepak. Sebuah kota yang maju dengan penghasilan bijih timah sehinggakan ia menjadi kota perusahaan bijih timah terkaya di Selangor pada masa itu.

Kalau anda nak tahu lebih banyak lagi info menarik berkenaan Kota Lukut ini, jangan lupa lawati Muzium Lukut yang menempatkan bermacam artifak yang telah ditemui di Kota Lukut. Bukan itu sahaja, anda dan keluarga juga akan mendapat pelbagai info menarik berkenaan tokoh-tokoh Lukut pada zaman silam. Sebuah tamadun yang bukan main hebat lagi.

Alamat: Lot 730, Kota Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

https://goo.gl/maps/39e7AL4tFYhT3YNq7

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

6. Ladang Burung Unta

Ladang ini menampilkan aktiviti dan tarikan seperti menunggang & berlumba dengan burung unta, ditambah kuda padi dan haiwan lain, serta akuarium. Meskipun burung unta ialah tarikan utama di PD Ostrich Show Farm, pelbagai jenis haiwan ternakan lain yang menambahkan lagi keseronokan lawatan, hiburan, pendidikan dan dunia kecil ladang di Malaysia. Haiwan lain yang di ladang termasuk kuda padi, keldai, kambing, beberapa ekor baka arnab, ayam, angsa, ayam belanda, itik.

Di sini, pengunjung boleh melihat serta mempelajari kehidupan spesis burung unta serta produk yang dapat dihasilkan dari burung unta seperti pakaian, alat kosmetik dan sebagainya. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman memberi makan serta menunggang burung unta. Pengunjung berpeluang untuk bergambar dan memberikan makan  kepada burung-burung unta ini yang telah dilatih khas untuk tidak panik dengan kehadiran manusia. 

Alamat: Lot 1419, Jalan Perdana 4, Batu 9, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

https://g.page/PDOstrichfarm?share

Waktu Operasi: Setiap hari  (9.30am – 6.00pm)

Bayaran Tiket: Dewasa RM15  |  Kanak-kanak RM10

7. Air Terjun Lata Kijang

Terdapat 4 tingkat air terjun. Lata kijang ini merupakan air terjun yang sangat tinggi sehingga 80 m juga merupakan air terjun yang tertinggi di dalam negeri sembilan. Destinasi air terjun ini memang sangat mengasyikkan sebaik sampai di lokasinya anda pasti akan terasa tenang dengan bunyi arus deras air terjun lata kijang yang menghempas batuan besar di bawahnya.

Untuk menuju ke sini, anda boleh menggunakan pacuan 4 roda untuk memudahkan anda menempuhi jalan yang berbecak terutama sekali pada hari hujan. Namun begitu, kawasan air terjun ini agak kurang sesuai untuk dijadikan lokasi bermandi-manda memandangkan kolam yang terbentuk agak sempit dan berbatu.

Terletak di dalam Hutan Simpan Kenaboi, terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik lain yang boleh anda lakukan selain berfotografi seperti water tubing dan berkayak.

Alamat:  Air Terjun Lata Kijang, Jelebu, Negeri Sembilan

https://goo.gl/maps/r3c6JVisR6BWdbW36

Waktu Operasi: Setiap hari 

8. Hutan Lipur Ulu Bendul

Hutan Lipur Ulu Bendul ini kedudukan di pinggir Hutan Simpan Angsi, namun bersebelahan jalan utama iaitu di Kilometer 20 Jalan Seremban-Kuala Pilah, 18 kilometer dari bandar Seremban, menjadikannya unik kerana boleh diakses semua jenis kenderaan. Jadi anda tidak akan ada masalah untuk sampai ke hutan lipur ini. 

Hutan Lipur Ulu Bendul menjadi tarikan disebabkan mempunyai sungai yang sesuai untuk aktiviti riadah pelbagai peringkat umur, selain dilengkapi kolam mandi yang sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Pastinya satu pengalaman yang menyeronokkan akan anda lalui. 

Ianya juga sangat sesuai dijadikan tempat santai bersama keluarga. Anda boleh datang berkelah dengan membawa makanan ke sini. Selain itu, sudah pasti aktiviti utama adalah untuk mandi manda sambil melihat keindahan flora dan fauna.

Alamat:  Hutan Lipur Ulu Bendul Kuala Pilah, Ulu Bendul, Kuala Pilah, NS 72000

https://goo.gl/maps/dV5Unu221hjjKZgN8

Waktu Operasi: Setiap hari  (7.00 am – 6.00 pm)

Bayaran Masuk: Percuma

9. Taman Tema Air Panas Pedas

Wet World Air Panas Pedas Resort merupakan salah satu daripada daya tarikan pelancongan yang terawal dibangunkan di Negeri Sembilan. Taman Tema Air di Pedas Hot Spring, Waterpark dibina pada 10.12.1998 dan mula di buka kepada orang ramai sejak Februari 1999.

Taman Tema Air ini berada dalam lingkungan 12 hektar yang merangkumi tarikan air seperti Kembar Pedas iaitu dua gelongsor air, Ombak Pedas iaitu kolam berombak, Lazy River iaitu terusan sungai yang sememangnya dibina untuk pengunjung merehatkan badan sambil mengelilingi taman air,

Diantara kemujaraban yang diperkatakan tentang air panas ini termasuklah melegakan sakit sendi tulang, menegangkan otot badan dan saraf serta pelbagai penyakit kulit. Pihak kami tidak memberikan sebarang jaminan ke atas kemujarabannya tetapi kami pasti anda gembira berada didalam taman tema ini. 

Alamat:  Lot 603, Jalan Tampin, Mukim Pedas, 71400, Pedas, Negeri Sembilan, 71400

https://goo.gl/maps/Y5MScYdw1vwpTviaA

Waktu Operasi: Ditutup Selasa   |   Rabu – Isnin (1.00 pm – 7.00 pm)

Bayaran Masuk: Mengikut had ketinggian   |   ketinggian 135 cm keatas RM 12.00