Bagi pencinta alam di Malaysia, Pahang mungkin salah satu negeri yang wajib untuk anda terokai. Terlalu banyak destinasi dengan kepelbagaian tarikan yang mungkin belum diterokai oleh pengunjung sepenuhnya.

Seperti yang anda semua tahu, Pahang adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia menjadikan landskap negeri ini amat luas dengan perkampungan lama yang penuh kehijauan, hutan yang tebal, sungai dan pantai yang cantik serta kawasan tanah tinggi yang sejuk.

Anda tidak akan dapat melihat kecantikan Pahang dalam satu perjalanan sahaja, tetapi anda boleh menerokai tarikan utama yang berbeza-beza setiap kali anda memutuskan untuk ke sini, salah satu tempat yang menarik di Pahang ini iaitu :

Bagi yang menginginkan pengalaman secara alami, rancang perjalanan anda ke Taman Negara Pahang. Taman ini dibuka pada tahun 1938/1939 sebagai Taman Negara King GoergeV. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 4,343 km² dan terletak di antara 3 sempadan negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri iaitu diantara ketiga-tiga buah negeri ini, Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km² dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².

Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal ditaman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi tersebut.

Taman Negara ini juga mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, gajah, rusa, pelanduk, dan seladang. 

Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara ini. Terdapat banyak penginapan yang disediakan di taman ini dan tidak lupa juga aktiviti yang sudah pasti akan mencabar fizikal dan mental anda di luar sana.

Alamat: 27000 Kuala Tahan, Pahang

https://goo.gl/maps/F3jMH5F63miyeaoU9

Waktu Operasi: Setiap hari dari ( 9:00 am – 5:30 pm )

( Permit dan Lesen ) Masuk: RM1.00| Lesen memancing: RM10.00 setiap joran|Lesen kamera: RM5.00 setiap satu unit