Sarawak adalah salah satu negeri yang penuh dengan kemewahan budaya yang membuatkan ia menjadi negeri yang sangat unik  dari segi etnik, budaya, dan bahasa. Budaya Sarawak telah dipengaruhi oleh orang Melayu Brunei daripada kawasan pantai. Pengaruh budaya besar juga datang dari budaya Cina dan British. Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia yang dikenali sebagai Malaysia Timur bersama dua lagi iaitu Labuan dan Sabah.

Sarawak juga mempunyai penghunian manusia yang paling awal iaitu di Gua Niah bermula pada 40,000 tahun yang lalu menjadikan Sarawak salah sebuah negeri yang penuh dengan kisah sejarahnya yang tersendiri. Tidak lupa juga, Sarawak mempunyai pelbagai tempat yang sangat menarik untuk dilawati orang ramai, antaranya :

1. KALIMANTAN VIEW POINT

Kalimantan adalah sebuah wilayah di Indonesia, jadi kenapa ianya boleh berada di Sarawak ? Ada yang tertanya-tanya macam mana nama wilayah dalam Indonesia ni boleh wujud di Malaysia? Untuk pengetahuan anda semua, Kalimantan View Point ini sebenarnya diberi nama sedemikian kerana dari kawasan tanah tinggi ini anda boleh menikmati pemandangan yang mencecah Kalimantan, Indonesia. Yang syoknya, panorama ini dapat dinikmati sambil badan diselimuti kedinginan udaranya yang bersuhu hanyalah dalam lingkungan 16 ke 28 darjah celsius sahaja.

Selain melihat pemandangan, aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah jungle trekking, bermain golf atau mengayuh basikal sambil menikmati kehijauan alam.

Untuk menuju ke sini, anda boleh memandu sehingga ke pintu masuk, dan kemudian berjalan kaki dalam sekitar 500 meter atau 20 minit untuk ke puncak. Anda juga boleh mendapatkan khidmat pengangkutan dari resort terdekat. Namun begitu, pengangkutan yang disediakan ini memberi keutamaan kepada orang yang lebih berusia dan kanak-kanak sahaja.

Alamat: Kalimantan View Point, Jalan Borneo, Padawan, Kuching 93100

( https://goo.gl/maps/r71sHgqmGTDBD4pX6 )

Waktu Operasi: Setiap hari dari ( 9:00 am – 3:00 pm )

2. FAIRY CAVE

Fairy Cave atau Gua Pari-Pari ini dinamakan sempena bentuk batu stalagmite yang berada di bahagian pintu masuk gua yang strukturnya berbentuk seperti dewa bagi masyarakat Cina.  Terdapat tangga yang disediakan untuk menaiki gua tersebut.

Gua ini juga memiliki kisahnya tersendiri dimana pada zaman dahulu kala terdapat sekumpulan manusia yang tinggal di gua ini, namun, mereka kerap mendera kanak-kanak dan menyebabkan mereka disumpah menjadi batu oleh dewa di situ. Kebenaran kisah ini masih tidak diketahui namun terdapat beberapa batu yang berbentuk menyerupai manusia yang boleh anda jumpa di dalamnya. 

Laluan di dalam gua adalah agak gelap, dinasihatkan agar anda membawa lampu suluh sendiri. Ia juga boleh disewa dengan harga RM3.

Alamat: 94000 Bau, Sarawak

( https://goo.gl/maps/Uw1v1mzkTqew83LQ7 )

Waktu Operasi: Setiap hari dari (8:30 am – 4:30 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM1.50

Banyak aktiviti yang boleh di lakukan dan banyak juga tempat yang boleh dilawati yang bukan sahaja boleh memberikan ketenangan bahkan banyak perkara yang boleh dipelajari disebabkan Sarawak turut kaya dengan peninggalan sejarah-sejarah yang terdahulu.

Bukan itu sahaja, kehidupan alam semulajadi yang ada di Sarawak juga dipelihara dengan baik sekali, dengan penjagaan flora dan fauna yang sangat terbaik dalam membentuk satu ekosistem yang stabil. 

Walaupun kami hanya menyenaraikan beberapa tempat menarik sahaja, terdapat banyak lagi tempat di Sarawak untuk diterokai. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk menerokai dunia Sarawak dengan lebih menyeronokkan.