Your Title Goes Here

Your content goes here. Edit or remove this text inline or in the module Content settings. You can also style every aspect of this content in the module Design settings and even apply custom CSS to this text in the module Advanced settings.

Kenali Kelantan Darul Naim

Kelantan Darul Naim atau Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli tempatan. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Narathiwat, Thailand. Kelantan merupakan sebuah negeri pertanian yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Berdasarkan pada Statistik Penduduk Suku ke-4 2019, Kelantan mempunyai seramai 2,000,000 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.

Kelantan Darul Naim terdiri daripada 11 jajahan iaitu:
• Jajahan Kota Bharu

• Jajahan Pasir Mas

• Jajahan Tumpat

• Jajahan Pasir Puteh

• Jajahan Bachok

• Jajahan Kuala Krai

• Jajahan Machang

• Jajahan Tanah Merah

• Jajahan Jeli

• Jajahan Gua Musang

• Jajahan Kecil Lojing

Negeri Kelantan menikmati iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu pada setiap tahun. Biasanya, hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau selama beberapa bulan. Bulan-bulan yang mengalami hujan yang paling kerap ialah bulan November, Disember dan Januari, iaitu pada musim tengkujuh. Suhu setiap hari dianggarkan lebih kurang 28 °C.

Apa Tunggu Lagi?